Isnin, 6 Januari 2014

Kenali Punca Susu Kurang

"Susu saya tak banyak." 
"Susu saya makin kurang la." 
"Anak tak puas menyusu la."

Keluhan- keluhan yang sering didengar dikalangan ibu-ibu yang kemudiannya mengambil jalan singkat memberikan anak mereka susu formula.


Sebenarnya, setiap ibu mempunyai bekalan susu yang mencukupi untuk bayi yang baru dilahirkan. Banyak atau sedikit bekalan susu ibu itu berkait dengan BEKALAN - PERMINTAAN. makin kurang ibu menyusukan anak, makin kurangla susu yang akan dihasilkan. Macam water dispenser kat dapur tu, makin banyak kita minum air dari water dispenser tu kandungan yang berkurang automatik akan ditop upkan sehingga upper levelnya. 


"Anak tak puas menyusu." ermmm... jom tengok saiz perut bayi baru lahir.




Tak nampak perbezaan sangat kan. Cuba compare dengan gambar ni pulak.


Agak2 nya lah.... banyak mana susu yang dikatakan banyak tu? Bekalan susu di badan ibu sudah cukup untuk mengenyangkan bayi sekali hidangan. Jadi, kerapkan sesi penyusuan, ia sangat membantu untuk menghasilkan lebih banyak bekalan susu untuk bayi.

SETIAP 2 JAM SAYA MENYUSUKAN BAYI, KENAPA SUSU MASIH BERKURANG??

Selain kurang menyusu, ada beberapa faktor yang mempengaruhi penghasilan susu.

Penggunaan ubat

Ibu- ibu sebolehnya elakkan mengambil ubat antihistamin, ubat cair kahak, ubat mengurangkan berat badan atau pengurang selera, dos vitamin B6 yang tinggi dan diuretik tanpa pengawasan doktor/ ahli farmasi. Silalah berbincang dengan doktor/ ahli farmasi untuk mendapatkan rawatan sewajarnya dan jangan lupa MAKLUMKAN pada doktor/ ahli farmasi berkenaan bahawa ANDA MENYUSUKAN BAYI.

Pil perancang

Hormon sintetik estrogen dalam pil perancang boleh menyebabkan bekalan susu berkurangan dengan cepat. Ibu-ibu digalakkan untuk mula mengambil pil perancang dalam tempoh 6-8 minggu selepas bersalin supaya bekalan susu ibu dapat distabilkan. JIka berniat untuk meneruskan penyusuan ekslusif, ibu-ibu boleh mengambil pil perancang yang hanya mengandungi progesteron seperti Noriday.

Tiroid rendah (hipotiroidisme)

Jika langkah- langkah biasa untuk menambah bekalan susu ibu tak berkesan, cuba buat pemeriksaan fungsi tiroid kerana ada ibu yang pertama kali mengalami masalah ini apabila mengandung dan menyusukan anak. Hipotiroidisme adalah keadaan dimana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif dan pengeluaran hormon tiroid berkurang menyebabkan fungsi badan menjadi perlahan dan salah satu simptomnya adalah kurang bekalan susu.

Anemia

Selain masalah tiroid, anemia juga boleh menyebakan bekalan susu ibu berkurang. Anemia membuatkan ibu lebih terdedah kepada risiko saluran susu tersumbat dan jangkitan payu dara.

Ok... baru kupas 3 dari beberapa punca yang sebabkan bekalan susu ibu berkurang. Nantikan sambungannya dalam entry akak nanti. Akak listkan dulu antara punca2 lain yang boleh sebabkan bekalan susu ibu berkurang.

Penurunan berat badan mendadak

Sejarah masalah hormon

Payu dara pernah cedera atau dibedah

Kecederaan payu dara

Plasenta tertinggal

Pembentukan kelenjar tak sempurna

Penggunaan puting keterlaluan

Terlalu awal memperkenalkan makanan

Bayi tidur malam

Cara menghisap salah

Mengehadkan masa menyusu atau cara menyusu

Mengandung

Kembali bekerja


Tiada ulasan:

Catat Ulasan