Sabtu, 20 Julai 2013

Nutrisi Ibu Hamil: Prenatal Vitamin dan Kepentingannya




Kenapa ibu yang ingin hamil mahupun sedang hamil perlu mengambil vitamin?

♥mempersiapkan keadaan tubuh badan yang baik untuk kehamilan
♥membantu ibu kekal sihat dan kuat sepanjang tempoh kehamilan
♥mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
♥mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang & kekurangan berat ketika lahir
♥mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.

Pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang memang boleh pastikan keperluan vitamin ibu dipenuhi sepanjang tempoh kehamilan. Tapi, lebih baik kita mengambil inisiatif dengan mengambil prenatal vitamin kekurangan nutrisi dalam diet ketika hamil dapat dipenuhi.

Prenatal vitamin? Apa tu?? Ia merupakan vitamin dan mineral tambahan yang diperlukan sebelum dan semasa  mengandung dan semasa tempoh berpantang dan menyusukan anak. Lebih kurang sama dengan multivitamin tapi mengandungi kuantiti nutrien tertentu untuk menampung keperluan ibu hamil dan ibu menyusu.

Vitamin dan mineral penting untuk ibu mengandung:

★Iron - membantu membawa oksigen bagi keperluan ibu dan bayi. 
          - mengurangkan risiko anemia di kalangan ibu.
☆Folic acid - menyokong kesihatan sistem saraf , penghasilan hormon & sel-sel darah merah 
                        dan penghasilan tenaga.
                     - mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron 
★Kalsium - mengekalkan ketumpatan tulang pada ibu dan pertumbuhan tulang bayi.
☆Omega 3 - EPA & DHA memberi kesan positif pada perkembangan kognitif dan visual bayi. 
                     - mengurangkan risiko alahan bayi.

Dengan Shaklee, ibu2 tak perlu risau kerana rangkaian Set Kehamilan Shaklee diyakini selamat, semulajadi dan berkesan.




Alhamdulillah, ramai ibu2 yang dah merasai dan memperoleh kebaikan Set Kehamilan Shaklee ini. Malah, sebaik bersalin mereka meneruskan rangkaian Set Kehamilan Shaklee dengan Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee. 

Set Kehamilan Shaklee dan kelebihannya: 

Vita-Lea iron formula - formulasi multivitamin lengkap dengan iron dan mengandungi 30 nutrisi harian lengkap dari sumber sayur dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang disarankan RDA. Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea  Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

B Complex - mengandungi semua ahli keluarga vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin). Asid folik semulajadi pertama dicipta dengan kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi (FYI hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah sintetik dan tidak mudah diserap tubuh).
**oleh kerana B complex merangsang metabolisme dan menyebabkan tubuh mengeluarkan haba, jadi pengambilan air putih dan teh herba sangat digalakkan.

OsteMatrix - kaplet kalsium, magnesium, fosforus dan vutamin D, zinc, kuprum, mangan dan boron (pakej lengkap mineral untuk penyerapan maksimum dan menghalang endapan sesetengah mineral). *Magnesium dalam OsteMatrix membantu melembutkan najis, dapat mengelak kejadian sembelit ketika hamil.

Vitamin C 500mg SR - membantu menyalurkan vitamin C berterusan. Membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Memelihara kandungan anti-oksidan semulajadi tubuh.
**keresahan mempercepatkan penyusutan vitamin C. Malah, 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C ( Vit C SR memanfaatkan ibu2 dari secondary smoker)

Omega guard - minyak ikan laut dalam paling tulen yang mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Diambil bermula trimester ke 2 (bulan 4 kehamilan).

==========================
FAQ Set Kehamilan Shaklee

Berikut antara soalan2 yang kerap diajukan berkenaan Set Kehamilan Shaklee.



Q: Adakah Set Kehamilan Shaklee selamat untuk saya ambil pada kandungan berusia 3 minggu?
A: Set Kehamilan Shaklee adalah selamat malah sangat baik diambil sejak saat pertama persenyawaan berlaku (sperma bertemu ovum). Mana-mana doktor akan menasihatkan, ibu-ibu yang merancang untuk hamil adalah lebih baik diambil 6 bulan sebelum hamil untuk keperluan lengkap tubuh ibu supaya mendapat zat asid folik dan semua vitamin yang mencukupi sebagai persediaan hamil

Q: Adakah Vitamin Set Kehamilan Shaklee berbau seperti Vitamin lain di Klinik?

A: Vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee ini semuanya dibuat berasaskan tumbuhan dan bukan sintetik oleh itu ia tidak berbau kuat seperti pil dari klinik. 100% Customer kami yang mengambil Set Kehamilan Shaklee ini mengakui vitamin ini tidak berbau dan mudah ditelan.

Q: Perlukah saya ambil lagi vitamin klinik setelah ambil vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee?
A: Tidak perlu lagi. Kerana vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee ini sudah memenuhi 100% keperluan ibu hamil. Malah penyerapan vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee adalah lebih baik dalam tubuh. Seorang Doktor pernah melaporkan vitamin Ibu Hamil Shaklee lebih berkesan meningkatkan bacaan Hb (Hemoglobin) darah berbanding vitamin lain.

Q: Bolehkah saya ambil Set Kehamilan Shaklee dengan keadaan saya ada Diabetes semasa hamil (GDM – Gestational Diabetes Mellitus). ?

A: Ya! Boleh sama sekali, malah banyak kejayaan dilaporkan oleh pengguna Set Kehamilan Shaklee di mana mereka berjaya mengawal kadar bacaan gula dalam darah dan tidak lagi mengidap GDM. Namun cara pemakanannya adalah special dan hanya boleh didapati dari kami EXCLUSIVE untuk pelanggan kami sahaja.


Q: Berapa Harga Set Kehamilan Shaklee ini? 
A: RM300 sahaja untuk 4 bulan (hanya RM75 sebulan) dengan kombinasi Set Asas : B.Compleks, Vita-Lea, Vitamin C & Ostematrix. 

Q: Bagaimana nak dapatkan Harga Set Kehamilan Shaklee yang lebih JIMAT DAN MURAH? 
Hubungi akak (ema) @ 012 225 5011 (SMS / WHATSAPP), in shaa ALLAH kita runding2 pasti dapat Set Kehamilan Shaklee dengan harga super Jimat dan Murah.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Selasa, 2 Julai 2013

Rahsia Mudah Hamil: Ketahui permasalahannya...?

KETIDAKSUBURAN... SUKAR HAMIL... MANDUL...

Persoalan yang amat merungsingkan bila usia perkahwinan mencecah 2 tahun ke atas namun belum dikurniakan zuriat. Ketidaksuburan... seringkali dikaitkan dengan kemandulan pada salah seorang dalam  pasangan atau kedua-duanya. Bagi wanita, ketidaksuburan berlaku samaada kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel telur matang tidak dapat dihasilkan. Keadaan ini menyukarkan ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi persenyawaan. 
Bagi golongan lelaki pula, tiada pengeluaran sperma pada kantung sperma adalah punca utama. Selain itu, pengeluaran sperma mungkin berlaku , tetapi  jumlahnya sangat sedikit sehingga ketika masuk ke vagina, tidak ada sperma yang berhasil untuk mensenyawakan sel telur.  

PUNCA  MASALAH KETIDAKSUBURAN WANITA 

ENDOMETRIOSIS
Tisu yang menyerupai endometrium yang tumbuh di bahagian lain  contohnya di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan dalam dinding rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan janin (kalau berlaku persenyawaan). Sekiranya tisu ini tumbuh di luar rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia  akan mengeluarkan darah tetapi tidak dialirkan keluar melalui faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh mengakibatkan organ peranakan wanita rosak. Endometriosis juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh  sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.  

KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN
Saluran Fallopian adalah organ penting dalam sistem reproduktif wanita. Sperma akan  berenang  ke  ovum wanita untuk tujuan persenyawaan. Kerosakan tiub Fallopian berlaku apabila ianya tersumbat akibat  jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.

HORMON DAN HAID 
Ketidakseimbangan hormon adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormon tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal. Ketidakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita.   

FIBROID 
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser 

SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS) 
Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan. Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca. Antara tanda-tanda PCOS ialah  kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness). 

LELAKI KEKURANGAN SPERMA 
Jumlah sperma dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi bilangannya kurang daripada 15 juta setiap mililiter air mani. Keadaan tiada langsung sperma di dalam air mani dipanggil azoospermia. Punca kekurangan atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin atau bengkak buah zakar disebabkan masalah beguk (mumps). Selain itu, saluran air mani yang mengalir dari kilang testis boleh rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormon juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air mani.

CARA MENGATASI 

1. Tingkatkan imuniti –Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh. 

2. Elakkan makanan rapu – Makanan rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesity. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan oleh piramid makanan. 


3. Amalkan memakan makanan yang segar - Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan pengawet. 


4. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar. Amalkan senaman untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga. 


5. Elakkan Stress – individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan. Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.   

VITAMIN YANG DICADANGKAN 

Untuk isteri: Vitalea,  Complex, Vita C, Alfalfa dan GLA Complex.   

Untuk Suami: Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc Complex.   

Vitalea 
Vitalea ialah Mulitivitamin dan Multimineral Shaklee..ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia membekalkan vitamin yang lengkap untuk memastikan kesihatan yang optimum. Bila badan dah sihat barulah ia dapat berfungsi dengan baik.   

B Complex 
Vitamin ni adalah sangat penting untuk wanita yang hamil dan yang merancang untuk hamil. B Complex Shaklee mengandungi asid folik yang sangat diperlukan oleh ibu hamil dan bayi di dalam kandungan.   

Vita  C 
Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Hanya sperma yang sihat sahaja yang akan berjaya sampai ke ovum dan hanya sperma yang kuat sahaja dapat bersenyawa dengan ovum.    

Alfalfa 
Alfalfa sangat penting untuk kesihatan dalaman wanita. Ia telah terbukti dapat mengatasi masalah keputihan, masalah period yang tidak teratur dan PMS..selain itu, alfalfa juga dapat membantu mengatasi “sakit ketika bersama” dan sangat membantu dalam hubungan suami isteri.   

GLA Complex 
Vitamin ni sangat penting untuk kesuburan wanita. Ia membantu wanita untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair ini penting untuk membantu sperma berenang ke tiub fallopio dan hidup lebih lama iaitu sehingga hari ke-5 selepas bersama.    

Zinc 
Zinc pula penting untuk lelaki menghasilkan sperma yang sihat dan kuat yang secara tak langsung meningkatkan peluang persenyawaan terjadi. Selain itu, Zinc juga membantu meningkatkan keinginan seksual.

Untuk maklumat lanjut berkenaan suplemen yang sesuai mengikut kondisi, hubungi akak di saluran berikut:


ema (ID 906676)
No Tel: 012-225 5011
Email: emanooryanti5002@gmail.com
COD area: Sg Petani, Gurun, Yan, Alor Setar, Jitra, Kangar
"Sihat Dalaman Sihat Luaran, Cantik Dalaman Cantik Luaran"