Jumaat, 3 Januari 2014

DHA dari sumber minyak ikan TERBAIK!!

Bismillah hirrahman nirrahim..

(kredit to Elin Azlin, nasib baik u ada snap pic pasal DHA ni!)

DHA?? Ramai yang tau singkatan je tapi amende tu?
DHA atau bahasa saintifiknya 'docosahexaenoic acid' (dimelayukan jadi dokosaheksanoik asid) adalah salah satu asid lemak PERLU tak tepu. Kenapa PERLU? Sebab badan manusia tak dapat bina atau hasilkan asid lemak ni untuk kegunaan badan untuk tubuh lebih bertenaga dan berfungsi dengan baik. 

So, selama ni dari mana kita dapatkan DHA ni? 

Sebelum terus membaca, tepuk bahu kiri anda dengan tangan kanan.
eh, tepuk... tepukla... bagus... bagus... :)

Tahniah... (x de mende pun, hihi i'm sorry!) pada yang suka makan ikan, kril, soya, walnut dan flaxseed, tahniah sebab secara tak langsung anda mendapatkan sumber DHA dari diet yang betul. Eeeuuw...tak suka la makan semua tu. Perlu sangat ka DHA tu? 

Jom selidik apa gunanya dan pentingnya DHA ni.

♡ Mengurangkan kolesterol dalam darah. Dalam beberapa kajian mendapati suplemen minyak ikan membantu mengurangkan tahap kandungan kolesterol dalam darah. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah adalah berisiko tinggi mendapat masalah jantung. Pengambilan DHA sahaja telah terbukti mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

♡ Sakit sendi dan Rheumatoid arthritis. Beberapa kajian yang dilakukan mendapati suplemen minyak ikan [EPA+DHA] mengurangkan kesakitan pada sendi. Selain itu, Omega 3 didapati membantu meningkatkan keberkesanan ubat anti-radang.

♡ Depresi. Sebilangan pengkaji mendapati budaya memakan makanan yang tinggi kandungan omega-3 dapat mengurangkan tekanan seseorang. (Ooo... sesak2 b complex habis kat rumah bleh la telan omega guard.. hihihi). Minyak ikan juga terbukti meningkatkan keberkesanan ubat antidepresi malah mengurangkan gejala gangguan bipolar (bipolar disorder). 

♡ Kesihatan Prenatal. (Ni yang di'highlight' dalam artikel BH kat atas nu) DHA membentuk 90% daripada omega -3 kandungan asid lemak otak, dan merupakan komponen utama membran sel otak. DHA sangat penting dalam perkembangan visual dan saraf di kalangan bayi dan kanak2. Kajian terdahulu mendokumenkan kemahiran kognitif yang lebih baik pada bayi susu ibu telah mengaitkan ini kepada kandungan DHA dalam susu ibu. Kajian terkini telah mengesahkan pemerhatian ini dimana bayi yang diberi makan susu formula dengan DHA tambahan - apabila mereka mencapai usia 9 bulan, menjaringkan markah lebih tinggi pada ujian penyelesaian masalah.

♡ Asma/Lelah. Kajian membuktikan diet tinggi omega-3 mengurangkan keradangan, salah satu punca masalah asma. Tapi, kajian terperinci perlu dilakukan untuk mengetahui samada minyak ikan meningkatkan fungsi peparu atau mengurangkan jumlah ubat yang perlu diambil pesakit asma untuk mengawal serangan asma.

♡ ADHD. Beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak ikan dapat mengurangkan tanda-tanda ADHD pada sesetengah kanak-kanak dan meningkatkan fungsi kognitif mereka. 

♡ Penyakit Alzheimer dan demensia. Beberapa kajian awal menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu melindungi dari menghidapi penyakit Alzheimer dan demensia. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa DHA boleh menjadi tambahan yang bermanfaat dan mungkin mempunyai kesan positif ke atas kehilangan ingatan secara beransur-ansur yang berkaitan dengan penuaan.

♡ Pengawalan berat badan. (Yang ni cek sukaa... :P) DHA terbukti mampu mengurangkan dan mengawal berat badan ideal, TAPI harus disertakan dengan pemakanan seimbang dan senaman jugak na. Omega 3 meningkatkan pengeluaran hormon Leptine yang mengawal selera makan menyebabkan kita kurang makan dan sentiasa rasa kenyang. 

Banyak juga kegunaan dan kepentingannya... haaa.... kan akak dah gitau omega memang bagus!

Kalaupun DHA banyak dalam ikan, tak kan tiap2 hari pun nak makan ikan ja..boring arr!! Haaaaaa..... apa susah, cari la supplemen yang tinggi kandungan DHA macam minyak ikan @ omega.

Tapikan kat pasaran la ni banyak betul minyak ikan ni. Macam2 brand ada. Mana satu nak pilih? 

Errm... rasanya sampai sini dulu ceritera akak tentang DHA dan minyak ikan. 

Nantikan ceritera minyak ikan thorrbaeek pilihan akak dalam entry seterusnya.


ema (ID 906676)
No Tel: 012-225 5011
Email: emanooryanti5002@gmail.com
COD area: Sg Petani, Gurun, Yan, Alor Setar, Jitra, Kangar
"Sihat Dalaman Sihat Luaran, Cantik Dalaman Cantik Luaran"


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Tiada ulasan:

Catat Ulasan