Jumaat, 21 Jun 2013

Seronoknya HAMIL...!!

"Tahniah, puan mengandung!"

Ungkapan yang memang dinanti oleh pasangan yang dah berumahtangga. Biasa kita dengar macam- macam rungutan masa mengandung, tapi tak ramai yang sedar manfaat di sebalik kehamilan tu. Jom semak senarai kat bawah:

Bye bye period pain!
Ya, sedar tak sebaik mengandung dan melahirkan kita tak pernah dah rasa senggugut semasa haid. Mengujakan kan? Mesti semua wanita yang dah berumahtangga di luar sana tak sabar- sabar lagi nak hamil... ehehe..

Kesihatan diutamakan 
Ibu-ibu hamil mesti akan mengutamakan kesihatan bakal anak yang dikandungnya. Demi anak yang dikandung mereka lebih prihatin terhadap kesihatan. Mereka akan berusaha mengubah amalan tidak sihat sehingga sesetengahnya menjadi amalan hidup mereka sebaik melahirkan.

Risiko kanser berkurang
Kajian mendapati kehamilan memberi suatu bentuk perlindungan kepada wanita terhadap kanser ovari dan payudara. Beberapa kajian mendapati, tempoh penyusuan selama tiga bulan atau lebih mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.

Deria lebih peka
Tau tak kenapa sesuatu bau boleh menyebabkan wanita/ibu hamil muntah atau pening? Ini kerana deria bau mereka jadi lebih sensitif dari biasa. Sebab tulah ada ketikanya mereka mengidamkan sesuatu makanan semasa hamil (untuk muslimah harapnya mengidamkan makanan yang halal dan berkhasiat la ye...pasal, ade juga yang mengidam benda pelik2 masa mengandung ni, semoga kita semua dijauhkan dari perkara sebegitu. Amin.)

Hubungan suami isteri makin intim
Masa trimester pertama, hubungan kelamin mungkin terjejas sikit sebab kerap muntah2 dan keletihan tapi bergantung pada kondisi tubuh individu gak. Yang pasti, hubungan kelamin akan lebih ghairah bila masuk trimester kedua. Masa ni, aliran darah ke bahagian pelviks akan meningkat, so kawasan tersebut lebih sensitif dan kebarangkalian capai klimaks akan meningkat. Time tu la, wanita/ibu hamil ni berasa lebih seksi di hadapan incik somi. Eheheh..Bila masuk trimester ketiga, mungkin agak tak selesa nak menjalin hubungan bila perut semakin membesar dan risau akan menjejaskan kandungan.   Sebenarnya, tak perlu risau apa apa sebab bayi tu takkan cedera pun masa menjalinkan hubungan kelamin. :)

Tingkatkan amalan kerohanian 
Ingat pepatah "bagaimana acuan begitulah kuihnya". So, masa hamil ni la kita perlu mula didik anak yang bakal lahir bukan setelah lahir ya...ehhe... Mana2 ibubapa pun nak anak-anak yang baik kan. Jadi, didik dan latih diri sendiri dan banyakkan amalan kerohanian macam membaca alQuran, solat fardu awal, solat sunat, zikir, sedekah dan macam- macam lagi lah. Jika diamalkan dengan istiqamah sepanjang kehamilan, insyaAllah bukan saja diri kita terdidik secara tak langsung baby dalam kandungan pun akan dapat aura tu juga.

p/s: ehehhe...rasa nak hamil ja dalam masa terdekat ni...
       :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan