Jumaat, 21 Jun 2013

Tips Penyusuan Anak

Firman Allah SWT dalam ayat yang bermaksud,

"Para ibu hendaklah menyusu anaknya 2 tahun penuh,
iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya.
Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan
(sebelum cukup tempoh 2 tahun)
dengan kerelaan kedua-duanya dan
melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi keduanya."
(Surah al-Baqarah, 233)

Kesimpulannya:

1. Tugas ibu adalah menyusu anaknya dan sama sekali tak boleh menolak hak anaknya jika dia masih mampu menyusu anaknya.

"Ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku..."

2. Tempoh penyusuan adalah selama 2 tahun.

3. Penyusuan boleh dihentikan ketika anak berusia di bawah 2 tahun dengan syarat ibu dan bapa bersetuju setelah menimbang baik buruknya.

4. Para suami harus menyokong keperluan isteri untuk meneruskan penyusuan anaknya.

Thanks ayah belikan ibu baju menyusu ni!
Dengan pakaian yang sesuai, tak kira dimana,
hak anak ibu sentiasa ibu utamakan. :)

 
5. Para ibu yang masih mampu menyusukan anaknya tidak dibenarkan mengupah orang lain untuk menyusukan anaknya.

So, ibu- ibu kat luar sana selagi mampu (USAHAKAN)
susukanlah anakmu dari susu di badanmu ya.

Pemakanan Ibu Menyusu Badan



1. Lebih kurang 1800 ke 2000 kalori sehari diperlukan berbanding 300 ke 500 pada kebiasaannya. Kalau berat naik mendadak masa mengandung jumlah kalori yang diperlukan adalah kurang sikit dari jumlah di atas.

2. 800 kalori diperlukan semasa penyususan. 300 kalori diambil dari badan  dan lagi 500 diambil dari makanan.

3. Jika kekalkan pengambilan kalori seperti di atas, ibu menyusu mampu kurangkan berat badan sekitar 700gram seminggu. Tapi kena ingat gak..kalau lebih dari 700g seminggu akan kurangkan penghasilan dan pengeluaran susu. Jangan lak sebab nak kurus hak anak diabaikan ye...

4. Ibu menyusu yang gemar makan bebawang dan makanan pedas kena kurangkan pengambilan makanan macam tu sebab akan pengaruhi kualiti susu dan jangan pelik lak bila bayi tak nak menyusu. Baby pun pandai pilih dah tau.. (',' )

5. Kena hati2 juga bila nak makan atau minum susu lembu, coklat, keju, kubis atau bunga kubis sebab silap2 nanti baby terpaksa tanggung sakit sebab perut kembung..

6. Kalau nak perkembangan baby sihat dan baik, cuba amalkan pengambilan sumber makanan yang tinggi EPA dan DHA macam Omega Guard x pun GLA complex. Boleh juga atasi masalah kemurungan ibu menyusu yang keletihan..en suami yang sayang isteri bekalkanla sumber makan kaya DHA dan EPA untuk isteri yang tengah berpantang tu ya..x de la si isteri ni stress sangat..

7. Bila makan kena ingat makanan apa yang diambil, senang nak elak ambil makanan sama in case baby meragam seharian. Kena ingat na, baby meragam kembung perut bukan sebab menyusu dalam tempoh yang lama tapi sebab pemakanan ibu menyusu.

8. Ibu kena pastikan semua sumber yang diperlukan badan iaitu karbohidrat, protein, lemak, mineral, vitamin dan air pada kadar yang betul dan seimbang. Ingat jumlah kalori yang diperlukan kat atas tadi.

9. Keperluan pemakanan ibu menyusu:
Daging/ ayam          - seminggu 2 ke 3 kali 
Ikan                            - seminggu 4 ke 5 kali
Soya/susu (ie ESP) - seminggu 5 ke 7 kali
Minyak                      - sehari 1 kali
Sayur- sayuran       -  sehari 2 ke 3 kali
Buah- buahan         - sehari 2 ke 3 kali
Bijrin                         - seminggu 3 ke 4 kali

10. Ni petua dari orang lama a.k.a mamaku tersayang. Nak elak perut buncit, minum air secawan sekali minum ja. Selang sejam minum lagi secawan. Lepas makan lak, setengah jam lepas tu baru minum. Air ais... x boleh minum sama sekali...hahha... yang ni ja yang x  mampu lagi nak ubah...huhu...

11. Last but not least, ibu menyusu perlu tahu sejarah keluarga terutama kalau ada family members yang punya masalah asma atau alergi. Kena la elakkan makanan yang ble sebabkan alergi tu sama ya..


...Ahlan wasahlan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan