Bismillahirrahmanirrahim...
Lama tak celoteh dalam ni, pelanggan x de.. so take 5 jap.
Berikut saya senaraikan beberapa soalan yang kerap kali diterima berkaitan AJHT.
S1: Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
J1: Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyikong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.
S2: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
J2: Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatnya.
S3: Apakah ekstrak jagung?
J3: Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glukosamina yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bgi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang dijumpai dalam tendon dan ligamen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.
S4: Apakah Boswellia?
J4: Boswellia merupakan gam resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan utama ekstrat Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti radang semulajadi.
S5: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
J5: Ekstrak Boswellia proprietri yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswellik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik daripada AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.
S6: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
J6: Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua produk yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan Vivix bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet.
S7: Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
J7: Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu 2 tablet sehari bagi setiap hidangan.
S8: Mengapa ia bebas kondroitin?
J8: Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.
S9: Mengapa produk tersebut mengandungi vitamin C?
J9: Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang nilai harian 100% vitamin C, kerana ia merupakan nutrien penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.
S10: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, tembaga dan mangan?
J10: Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang nilai harian 10% mineral surih zink, tembaga, dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.
S11: Adakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
J11: Ya.
Kalau ada soalan2 lain nak ditanya, jangan segan silu hubungi saya seperti berikut:
Email: emanooryanti5002@gmail.com
COD area: Sg Petani, Gurun, Yan, Alor Setar, Jitra, Kangar
"Sihat Dalaman Sihat Luaran, Cantik Dalaman Cantik Luaran"